Kisah Pemandu Bas Ekspres

Assalamualaikum,

Kisah ini berlaku ketika kawan aku pulang berhari raya di kampungnya di Kedah dengan menaiki bas  pada tahun 2010. Setelah hampir seminggu berhari raya bersama keluarga tersayang, dia pulang ke Kuala Lumpur. 

"Sejak dari tadi encik berpusing dan melalui jalan yang sama." tiba-tiba tegur seorang penumpang lelaki. Pemandu bas hanya terdiam seketika. "Err, sebenarnya saya tak biasa dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni." balas pemandu tu jujur (kawan aku dan penumpang yang menegur duduk di belakang tempat duduk pemandu). 

Syukur sebab penumpang itu dengan baik hatinya menunjukkan jalan ke Hentian Duta. Rancak betul penumpang itu berbual dengan pemandu bas. Rupa-rupanya bas yang dinaiki oleh kawan aku adalah bas tambahan yang disewa bagi menampung kekurangan bas ekspres menjelang musim perayaan. 

Kisah Pemandu Bas Ekspres
Pemandu bas ekspres (Gambar hiasan) - Google
"Encik kerja di mana? Nampak sudah biasa dengan jalan-jalan di sini." soal pemandu bas. "Sebenarnya saya polis, saya memang berkhidmat di Kuala Lumpur." balas penumpang itu sambil menunjukkan kadnya. 

Rupa-rupanya lelaki tu polis yang menyamar sebagai penumpang sempena Ops Sikap yang dilancarkan pada musim perayaan bagi mengesan pemandu bas ekspres yang memandu tidak mengikut peraturan jalanraya. Nasib baik pemandu bas tu memandu mengikut peraturan.

p.s: Semoga perjalanan pulang rakan-rakan blogger dan anda semua ke kampung masing-masing selamat. Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan. 

^_^