Muhasabah Diri Bila Menjaga Orang Tua Sakit

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam tadi aku selamat kembali ke Kuala Lumpur. Maaf kepada rakan-rakan blogger sebab aku tak sempat nak blogwalking sepanjang bercuti di kampung. Terima kasih sudi singgah di blog aku, Insya-Allah aku akan membalas kunjungan ke blog anda. 

Aku ingin berkongsi pengalaman menjaga opah aku yang sedang sakit tua. Tahun ini usianya dah menjangkau 89 tahun. Sebelum ni dia memang sihat sehinggalah ketika usianya 87 tahun dia terjatuh dalam bilik air. Opah aku ni memang suka bangun bersolat sunat dan membaca al-quran masa tengah malam, entah macam mana tiba-tiba dia tergelincir masa nak berwuduk tu. Mujurlah sempat membawa opah ke hospital. Kesannya sehingga kini dia terlantar di atas katil sebab dah tak mampu bangun atau menguruskan diri sendiri.  Paksu aku yang setia menjaga opah aku. 

opah
Opah aku ketika usia 87 tahun
Balik kampung baru-baru ni aku tengok sikapnya dah banyak berubah, dia menangis seperti anak kecil. Makan dan minum pun perlu disuapkan, tapi dia masih memilih untuk makan makanan kegemarannya yang manis. Jadi tak boleh nak masak masakan seperti untuk orang sakit, cuma dia dah boleh terima bubur nasi. Urusan menukar lampin pakai buang diuruskan oleh makcik aku sebab yang tu memang aku tak pandai buat. Setiap kali lepas solat dia memang minta kami membaca ayat suci al-quran. 

Gambar sekadar hiasan - Google
Rasa sedih dan insaf bila melihat keadaan opah aku. Apalah nasib aku bila dah tua nanti agaknya? Ketika kecil apabila kita menangis ibu atau ayah yang mendodoi agar kita tenang dan berhenti menangis. Mereka juga yang menyusukan kita dan menukarkan lampin. Oleh itu, apabila ibu atau ayah kita sudah tua tibalah giliran kita pula melayani mereka dengan sebaik-baiknya.  

^_^