4 Tahap Mendidik Anak

Assalamualaikum, 

Gejala sosial di kalangan remaja pada masa kini amat membimbangkan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pendidikan berterusan terhadap anak-anak adalah penting bagi membentuk sahsiah diri anak-anak. Model terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mendidik anak-anak
Gambar sekadar hiasan - Google
Terdapat 4 tahap untuk mendidik anak mengikut sunnah Baginda SAW iaitu:

1. Tahap Pertama (Umur 1-7 tahun):
Hendaklah memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. 
4 Tahap Mendidik Anak
2. Tahap Kedua (Umur 7-14 tahun):
Tanamkan disiplin kepada anak dengan mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan bersolat.

3. Tahap Ketiga (Umur 14-21 tahun):
Mendidik dengan cara menjadikan anak sahabat dalam perbincangan, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. 

4. Tahap Keempat (Umur lebih 21 tahun):
Hendaklah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan anak terkawal.

Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting di dalam mendidik anak sejak kecil hingga dewasa. Sedarilah bahawa anak-anak perlu dididik mengikut perkembangan umur mereka agar mereka tidak merasa dizalimi, yang seterusnya akan membangkitkan perasaan marah dan dendam terhadap ibu bapa.

Sumber : Rindok Blog

^_^