3 Cara Bersyukur

Assalamualaikum, 


Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran atau nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Syukur juga bukan hanya meliputi perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa (1).


Cara Bersyukur
Bersyukur - Google
Orang yang bersyukur adalah orang yang pandai melihat adanya nikmat walaupun sedikit dan kerana nikmat itu dia merasa tenang dan bahagia. Tiga cara bersyukur adalah seperti berikut (2):

1. Bersyukur dengan Hati
  • Hati menyedari dan merasakan adanya nikmat walau pun nikmat itu sedikit. 
  • Apa yang dirasakan oleh hati akan dizahirkan melalui senyuman dan wajah yang ceria. 
  • Mengetahui bahawa Allah SWT yang memberi nikmat dan akan berterima kasih kepada-Nya dengan cara bersyukur. 

2. Bersyukur dengan Percakapan/ Lisan
  • Kesyukuran lazimnya dizahirkan melalui ucapan terima kasih. 
  • Berterima kasihlah kepada Allah SWT melalui ucapan Alhamdulillah. 

3. Bersyukur dengan Perbuatan
  • Syukur dengan perbuatan adalah dengan cara mengguna atau memanfaatkan pemberian sesuai dengan fungsinya atau sesuai dengan maksud pemberiannya. 
  • Orang yang jujur dalam bersyukur akan menghargai pemberian dan tidak akan mensia-siakan atau membazirkannya. 
  • Manusia boleh mengolah berbagai perkara di alam sebagai nilai tambah 

Sumber:
(2) Syed Alwi Alatas (2013), Buku Bila Allah Menduga Kita, Must Read Sdn. Bhd.